Friday, 31 May 2013

Di mana Nak Dapatkan Nota Kuliah serta Soalan Tutorial?

Assalamualikum & salam sejahtera...


Em mesti pelajar aliran sains tak sabar-sabar lagi nak memulakan sesi pembelajaran untuk semester 1 ni kan. Kami lect. unit kimia nak bagi sedikit tips iaitu sebelum masuk ke dewan kuliah pelajar perlulah membaca nota kuliah sekali imbas walaupun tidak faham apa-apa. Ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar memahami apakah fakta yang akan disampaikan oleh pensyarah kuliah nanti. Di sini kami sertakan link untuk membantu pelajar mendapatkan nota serta soalan tutorial dan soalan latihan tambahan. 

Thursday, 30 May 2013

Selamat Datang Pelajar KMPh Sesi 2013/2014

Assalamualikum wbt & salam sejahtera....

Tahniah diucapkan kepada pelajar baru yang telah mendaftar ke Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) untuk sesi pengajian 2013/2014. Selamat Datang ke bumi bertuah Pahang Darul Makmur.

Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda ke Unit Kimia Kmph. Anda boleh mengenali kami dengan melawati link ini CHEMZ LECT.

Harapan kami semoga pelajar menggunakan masa setahun ini untuk mendapatkan keputusan yang terbaik demi mencapai cita-cita yang diimpikan.

"Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan"

Adios Jumpa lagi....